Pages

Saturday, 28 February 2015

Muslim go to Church for first time Korea

Worth it. Made in Korea. Barely survived. Yet awesome speed.

nak cerita la hari ini ( 28/8/2015- Sat) .

Pergi Goru District.  It begun with an unexpected invitation at Itaewon Subway Station ( Itaewon ni ada Masjid , tumpuan nak Solat Jumaat dan ada kedai market muslim nak cari barang Halal) while I was reloading the T-Money ( FYI, it is like Touch n Go for transport, very user-friendly card). Datanglah 4 makcik Korea ni, bebel bebel apa yang paham je,,,, dok berhenti puji 한국 말을 잘하네 !!!!!( Your Korean is good ). Tersimpuh malu, janji dimetrai. Amekkau, Saturday at 3 must go to the place directed by runners ( lawak sebab dieorang pegang kad kuning, ingat dok iklan DiGi yang yellow tu ,..kehkehkeh). ok... I followed the direction instructed by the runners.

      OK made it to the building. Wait, this is fresh market ( Ground Level ). Actually the programme is at 6th floor. Then, used the lift to 6th floor. Amazed. The hall is like the ball room for hotel. Splendid..... rasa beruntung pula sebab dijemput dalam majlis grand ni. peh.... memang rare ahh.
ada booth
1.Your Personality



2.Ajaran Bibble (mula rasa tak sedap)

3.Kelas Korea


4.Pemeriksaan Kesihatan



5.Actupunture Telinga dan Kaki ( sakit wooo, den buat telinga je... tapi tak betul pun tekaan dia,... keh keh keh.... )






6. Duduk meja grand,FREE FOOD AND DRINKS and everything above is for FREEE..          FREE
tapi tak makan la.. syubhah si Pak Iraq n Eqypt ni saje je makan aku tengok...
 7. Performance by NATIONAL WINNER TAEKWONDO TEAM, ARIRANG ( world heritage song) , KOREAN TRADITIONAL TEAM ( budak comel ) , ada la nyanyi sikit sikit.


Memng overall best... ttiba.. tengok screen pentas,.... dongak atas.. amkkau! Gamba church.. (waktu tu, Daus... jom balik jom... abesla iman aku, takut woo ) Masuk Church. WTH Muslim into church?

lepastu presiden masjil bagi ucapan. bla......bla.............bla......... Our Church Welcome you........ OMG. Memang aku dalam gereja la ni.

Minta-mintalah Allah perkuat Iman aku 5 tahun di Korea ni. amin.............

Pengajaran :
1. Orang Kristian berdakwah dia ajak sikit-sikit, tak terus cakap agama aku bagus daripada kau.... 
2.Strategi tarik agama lain memang halus.. iaitu keseronokan dan CHARITY.
3.Persatuan Kristian sini memang kuat. Apa-apa event dalam bangunan tertentu dah boleh agak dah siapa sponsor utama. (Pihak gereja biasanya.)
4.Perlu ada satu persembahan untuk atas pentas. Bukan bakat, tapi tarikan.
5.Lain kali kalau sambutan Raya Cina, jemput Cina dulu, kau jemput yang lain sampai Cina ni tertingall kesorangan dah kenapa? Kalau ia fikir yang lain-lain ni yang rampas tempat duduk Cina macam mana?
 6. Iman kene kuat, bersedia untuk berhujah. Bukan Pak Turut ye.

ni la pengalaman yang jarang dirasai di Malaysia. Apapun, program ni baik untuk mengasah Korean.. kh keh keh...

Pengacara Majlis memang terbaik. Even tough your English isn't quite good, the dare to speak is pure bravery!

Tuesday, 10 February 2015

katanya karangan A. Samad Said, untuk orang Melayu

Pedihnya sajak A. Samad Said ni ...

HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......

pedih menyengat..... 👆👆✌

Monday, 9 February 2015

lawak Sami Vellu

Samy Vellu hampir 31 tahun jadi menteri.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"kita mahu meningkatkan sistem pos kalu bule Hari ni pos, semalam sudah sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari” )

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

Disaat Pas mnfkafirkan Umno....apa ini orng Pas...smua org kafir...saya pun dia kata kafir.....

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Ki ta hantar waktu malam"

"kita rasa sangat bersyukur karina angkasawan kita setelah sapuloh hari meninggalkan dunia akhirnya selamat dikebumi"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.
Bagi mereka yang hari nya stressful.. hehehe copy paste.
Sesiapa yg ada strrss hari ini sila baca ini. Pasti akan turun stress anda.
No Ministers like DSV now.

Thursday, 29 January 2015

whatsapp lawak

ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS

Soalan😎 : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ustaz👳 : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

Soalan🙉 : Selepas dengar ceramah ustaz ini apa patut dibuat?
Ustaz👳 : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau😝.

Soalan😛 : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ustaz👳 : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

Soalan👫 : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ustaz👳 : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.

Soalan😝 : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ustaz👳 : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..

Soalan😝 : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz...
Ustaz👳 : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah.

Soalan😝 : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib?
Ustaz👳 : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...

Soalan😝 : Di mana ustaz beli kopiah?
Ustaz👳 : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware🙊...

*sekadar hiburan
Utk yg keje hr ni... ilangkn stress jap

Wednesday, 28 January 2015

from whatsapp. tapis sendiri lah ye,..

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda .. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

Tolong edarkan kpd kekwn yg anda sayangi
#sharing is caring

Monday, 11 February 2013

               Asslamualaikum wbt. hari ni... terasa nak tulis lagi. laalaalaaa~
Sejak hidup kat SASER ni, banya falsafah hidup yang aku cipta dan aku pegang kuat-kuat, contonya,
             " Ada aku kesah? " , atau
             "Only Allah know your heart better than anyone... " , atau
             " Eveyone will betray you, it does a sure but the matter is how big it is.. " .. dan banyak lagi.

Kenapa citer fasal falsafah lak ni? ha! Aritu 29/1/2013 Pengambilan Pelajar Tingkatan 4 SM SAINS TUANKU MUNAWIR dibuka  untuk sesi pengambilan pertama... walauwei , sikit giler yang mendaftar, lebih kurang 2012 pelajar je ...   Aku ditugaskan jaga di kelas 4 Beta... dengan Aiman si Badar n Aqil si kelip2.. ahahhaa .. Semua nampak tak sungguh-sungguh sahaja nak masuk sekolah top dalam Malaysia sooo.. pelik, . Di luar sana ramai yang mohon tetapi tak dapat, ni yang dah terdapat pulak tak sungguh-sungguh , ada pula yang macam " cuba dulu boleh tak dik? ". Nasihat aku, once you touch you go, jangan main2 <--ayat  XD

              Macam-macam aku dengar masalah Form4 ni, tak apalah, kiteorang pon awal-awal tak tahu macam korang gak.... tapi, KALAU DAH DIAJAR CARA HIDUP KAT SINI, IKUT SAJELAH, BANYAK SONGEH PULAK, KAT LUAR SANA NANTI LEPAS SPM TAKKAN NAK TERPERUK DENAGN MAK DAN AYAH LAGI, PASTU DENGAN SIKAP KURANG AJAR TU? adohyai~

             Sebab itulah aku mukahdimahkan coretan kali ni, dengan falsafah hidup... Adik-adik sekalian, kami Form5 tak ada niat lain terhadap korang semua, kami nak rasa seronok seperti tahun lepas...dengan form5 dulu.... dyeorang majoritinya baik giler, yang nakal pon buat antara form5 je, susah nak usik kiteorang, kecuali yang kurang ajar tahap gaban tu, macam biasalah......

            Dorm aku form 4 yang masuk daftar cukup-cukup lima orang, tapi sayang seorang form5 daftar keluar dari dorm .. ( senang cerita pindah dorm lain, dekat je... satu aras ) . kasihan dua orang form4 tu tak ada abang,... Adik angkat aku pula namanya Rizal, seorang India-Muslim...... muka dia seiras dengan ustaz Hafizan bila senyum,ahaahaa.. aku bertekad nak tolong adik aku, tak jadi seperti......

          Ada JJ dan JT, apa tu? adalah.... ahhaha.. jahat dyeorang ni... Janji bukan aku.. suda....ahhahaa..
rasenye tu dulu kot, nanti aku cerita lagi fasal dorm pula.

That's all. Gambate

Sunday, 5 February 2012

SM STuanku Munawir

alhamdulillah, pada 31/1/2012 hari bulan lepas selamat aku mendaftar kat SM  S Tuanku Munawir,..
a lot things to say here.. :
-kali pertama jejakkan kaki ats tanah SASER ni, dipelawa abang-abang senior tu dengan senyuman yang tak putus-putus.. memamng senang hati.. pastu daftar,aku dapat kediaman TUAH, KELAS 4 OMEGA dan DORM A 202/9 .first person to ask his name was Danial, a very good dwilanguage boy.
-then , daftar kelas.,barang koperasi finally asrama ..WOOOOAAHHHHH !! tu je boleh cakap kat hati bile dapat tahu yang tinggal kat dorm. bukan 1 bilik 4 orang,. so sad at first. macam nak balek sebap expect bende tu.tapi kemudian aq buat keputusan sebab sekali buat,takkan patah balik! mak bapak aku dah susah payah hantar,beli barang dll,pastu tetiba nak balik.WTH?
-then hidup aku di asrama bermula,pengurusan diri,makan,solat,belajar(walaupon belom mula) dah atas bahu aku sendiri. tapi memang aku respect sm ni.sistem pengurusan diri dye memang terbaik buat masa ni.
-abang2 senior. dyeorang memang baik,n macam-macam yang diperkatakan . in fact,ni maybe batch senior terbaik time orentasi.
-Maca-macam aktiviti buat,bahas BM dan BI , ceramah kehidupan di asrama , ceramah ujian lisan BM &BI,dan banyak lagi. hermm.. dyeorang aktif masok aktiviti yang ad, aqlak pasif time riadah p baso baju,pastu tido. WTH?
-dak dorm aku stabil, 5 form 5 and 5 form 4 = 10 people in a small room. our leader for this dorm is Fauzan. kinda good senior.
Nonthing much to say, miss my friend in SMKBENUT, but hello to SASERion.

with that,I thank you..heheh~