Nasihat Dan Motivasi Terbaik Tentang Kaum Hawa.
1. Perempuan tak bertudung tak semestinya
jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung
akan TERSIKSA DI AKHIRAT.
2. Perempuan jika ada boyfriend yang tak
solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan
lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke
jahannam.
3. Isteri yang terbaik adalah isteri yang
meminta maaf segala dosa dari suaminya
setiap hari sebelum tidur.
4. Haram bagi seseorang isteri menaruh
perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain
suaminya.
5. Wanita solehah tidak akan memalukan diri
sendiri dan jaga batasan wanita.
6. Wanita yang menutup aurat itu memang
belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya
dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.
7. Wanita yang menutup aurat dengan
sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah
mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.
8. Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk
suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia
dan permaisuri agung di Jannah.
9. Perempuan yang bertudung tetapi berbuat
maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi
tegurlah perbuatan maksiatnya.
10. Perempuan yang bersalaman dengan
suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana
jari dia dan suaminya ada.
11. Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik
hiasan adalah wanita Solehah.
12. Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai
seorang syahid dan khidmat kepada suaminya
sebagai jihad.
13. Wanita yang cantik akan membuka mata
lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati
lelaki.
14. Perempuan yang garang sebelum kahwin
adalah perempuan yang paling manja selepas
kahwin.
15. Wanita yang solehah lebih mahal nilainya
dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab
wanita yang solehah sukar ditemui.
16. Perempuan yang menuntut cerai dari
suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka
haramlah ia mencium bau syurga.
17. Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.
Subhanallah... Walhamdulillah... Allahu
Akbar...
Sebarkan Nasihat itu Jariah... Ganjaran tidak
putus sbg Ilmu Baik yg dimanfaatkan..
No comments:
Post a Comment